Saturday, 29 February 2020
Kecewanya Sebuah Hati
Setelah sekian lama aku menyepi dari dunia blog ni, kali ni aku menulis dan menitiskan segala kesedihan dan kelukaan di hati ini, aku hanyalah insan kerdil yang tidak meminta akan segalanya menjadi lebih buruk, aku tidak minta di lahirkan tidak sempurna seperti insan lain di luar sana, aku memiliki hati dan perasaan yang sangat aku sayangi, rasa sayang, cinta, dan kasih yang aku sendiri tak pernah minta sebegini rupa, hadirnya tanpa aku paksa, aku menyayangi dan jatuh cinta pada dirinya tanpa aku paksa, sepanjang aku mengenali dirinya, aku hanya inginkan bahagia bersama-sama, gelak tawa bersama, susah senang bersama, semuanya bersama, aku tidak pernah jemu untuk menyayangi dirinya, dan aku tidak pernah merasa lelah untuk menjaga dan bertanggungjawab ke atas dirinya selama ini, aku tidak pernah membenci apatah lagi untuk membuang dirinya dari kehidupan aku, tapi hari ni aku mendengar akan perkataan yang keluar dari mulutnya, yang dia tak kesah aku nak hidup ke, nak buat apa ke, nak mampos ke, katanya aku mampos lagi bagus.. Itu ke hajat dia, selama ni segalanya aku cuba tunaikan, apa sahaja yang dia mahu aku turutkan, mungkin dia tidak rasa akan derita yang aku rasa di saat dia memikirkan bahawa aku sudah boleh hidup tanpa dia di suatu masa dahulu, tapi di sebalik waktu itu dia tidak pernah melihat akan sebenarnya perjalanan kehidupan aku masa aku di dalam tempoh itu, deritanya aku pada waktu itu, dia tidak tahu, aku hanya menyaksikan dari jauh akan bahagia yang dia sedang cipta di atas penderitaan aku, hari ni dia kata begitu, masa berlalu bertahun aku mengenali dirinya, susah senang aku ada dengan dia selama ini, terlalu payah untuk aku melupakan dia, terlalu sukar untuk aku membuang dia dari hidup aku, hari ni aku meluahkan segalanya, andai ini yang terakhir, aku terlalu sayangkan dia, tiada istilah bosan sepanjang aku mengenali dirinya sehingga ke saat ini, perasaan sayang ni anugerah yang tak boleh di beli di kedai atau di mana-mana, kepada korang yang dapat anugerah rasa sayang yang tak boleh di belah bahagi, tolonglah hargai dan jaga perasaan tu sebaik mungkin, bila sayangkan seseorang tu, sayanglah dengan sepenuh hati, aku sayang dia sepenuh hati aku, tapi impian dia lain, aku nak bahagiakan dia, dulu aku dengan dia berjanji akan susah senang bersama-sama, tapi janji manusia ni bukan semuanya boleh di percayai, akhirnya di mungkiri, bertahun kami kenal, dia cukup baik, sangat baik, andai masa mampu di putar kembali saya nak bahagia selalu dengan awak.. Selama ni awak hanya kenal im, tapi awak tak kenal saya ni.. Awak hanya nampak im yang selalu menyayangi awak, yang selalu turut segalanya untuk awak, yang sentiasa menerima dan memaafkan awak, kerana im adalah seorang yang amat-amat menyayangi awak tanpa jemu, tapi awak sikit pun tak nak kenal diri saya yang sebenarnya, saya yang selalu terselindung di sebalik im, saya yang selalu memerhatikan bertapa im menyayangi awak sepenuh hati, walau pun hatinya terluka pedih tapi dia tetap setia menanti dan menyambut awak dengan hati yang terbuka, hari ni awak mintak im mati.. Setelah dia banyak berkorban untuk awak selama ini.. Saya tak terkata apa bila itu pilihan awak jatuhkan untuk dia.. Awak tak nampak macam mana dia sakit selama awak pergi dari kehidupan dia, saya melihat sejauh apa kesedihan dan penderitaan im, dia yang selama ini baik untuk awak, jaga awak, uruskan semua masalah awak, buat itu ini untuk awak.. Saya selalu ada selama im mengenali awak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment